Selasa, 6 November 2007

Too good to be true..or memang dah biasa?

"Teluk Chempedak jauh tak dari sini kak?". Sempat aku tanya tengah2 bekejer... Jauh jugak... katanyer... So petang tuh kitorang duk pikir nak makan katner lagi di bandar Kuantan nih? Takkan Berjaya Megamall jer.... Nak tak nak.. keter dah ada... y not ke TC?

Dekat traffic light der sign board 4.5km to Teluk Chempedak... hmmm taklaa jauh pon.. so kitorang pi laa... nak sampai ke pantai tu.. Yes memang laa terasa jauh.. even pakai keter pon. Finally kitorang sampai.. tempat tak laa banyak kedai ker sibuk ker... yang nampak sibuk McD 24 hours kat situ... so kitorang merayau sampai laa ke kedai nih.


Orang tak ramai... kitorang berenti kat papan menu.. hmm senarai harga pon menarik tak mahal sangat... semua yang tersenarai membangkitkan selera.. so kitorang decide to give it a try.


Kitorang order berhidang.. Nasi untuk 2 orang, tomyam, telur dadar, Kailan ikan masin n ikan kerapu tiga rasa. Yum..yum.. minum sorang order air kelapa laut n aku order limau nipis panas

Pemandangan cantik... suasana tak sibuk.. tenang jer... ada orang mandi manda.. hmm ok laa... walopon aku dah biasa tengok laut kalo balik kampung.. aku suka suasana kat sini... Yang pasti government Pahang nih memang take the initiative untuk jaga tempat nih n they really appreciate alam semulajadi (Cess... jiwang plak). Or maybe pasal kitorang pi time kejer. Malam mesti ramai nih...


Masa hidangan tak lama... sekejap jer then wala.... hmmm presentation pon menyelerakan... kekeke baguih tempat nih.. tapi bila aku tengok hidangan dia dalam ati pikir gak... nih ciput2 pon dalam RM50 ke atas gak nih... nge tomyam yang udangnyer besar2, ikan yg kitorang request paling kecik but dapat punyala besar...

Kitorang pon pulun laa nge seleranyer... bila dah abis... meratah ikan tuh sampai tinggal rangka... aku dok pusing kiri kanan.. tetiba pelayan datang bagi tisu.. hmm macam baca pikiran aku jer... nampak jer budak2 muda.. tapi ok laa layanan... efisyen.

Now the moment of truth... pada aku... no matter laa lebih RM50 pon.. aku puas hati.. so as my colleague... dia pon kata kalo bagi dua pon.. lepas lagi elaun makan kekekeke.... so berapa sumer skali? RM35.. huh??? pada aku murah... my colleague said tak salah kita pilih tempat.

So I guess malam mesti ramai punya.. tempat nih to good to be true pada aku, tempat cantik, makanan best dan harga murah? hmmm... di Kuantan plak tuh.... but sangkaan aku meleset... second time kitorang pi... malam pon tader orang... tapi dinner pon besh gak pasal siap der bebudak muda main gitar.. nge deruan ombak fuh.. kalo laa member aku kat Vancouver tuh der sekang nih... mesti terpaksa laa aku melangut tunggu dia mengukur ombak lagi.

So apa yang tak kena ek? ke dorang dah biasa dgn tempat2 sebegini?

Makan Malam di Mogadishu Cafe

Pagi ni hujan rintik-rintik... matahari tak keluar lagi... so kami breakfast dulu di rumah Arina. Makan roti canai, sambal udang (sedap gile dia masak!), ayam goreng dan samosa goreng serta air teh O. Hidangan orang bujang yang merantau jauh... terpaksa masak sebab tak jumpa kedai mamak kat sini kui kui kui...



Malam, dinner di Mogadishu Cafe. Kami makan Beef Steak Beriyani (for me) and Chicken Beriyani ( for Arina). Mogadishu Cafe dimiliki oleh seorang wanita Somalia yang memang terer masak. Selain beriyani, dia juga buat sup... spagetti yang memang sedap.



Cafe ni terletak di Broadway, Vancouver BC. Sorry, kedai lupa nak snap gambo... sebab dah lewat malam and hujan plak kat luar. Kedai ni halal (don't worry... yang halal jer kitorang post kat sini!)

Kami beri 4 bintang kat Mogadishu Cafe! Sesiapa yang berkunjung ke sini, memang disyorkan mencuba makan di sini.

Kedah House di Vancouver

Pagi yang cantik, sunny dan cam bling-bling gitu ahad 4 November 2007.. Pagi lagi dah bangun... makan roti telur and kari ayam serta teh tarik di rumah. Hmm... dah lama tak makan roti telur! Pakai roti prata segera jer... dari Malaysia!

Lepak-lepak lepas kekenyangan sebelum bergerak ke rumah Ros yang baru melahirkan anak. Kami singgah di Toys'r'us beli gift sikit. Then bergerak ke rumah Ros untuk tengok baby.

Lepak lama gak.... then terus ke Richmond berjalan-jalan cari pasal. Lapar perut... terus pergi ke Kedah House.



Kedah House terletak di Marine Drive, Vancouver BC. Pengasasnya, Kak Siah berasal dari Kedah. Dah berpengalaman dan tinggal lama di Vancouver. Antara hidangan yang enak di Kedah House ialah satay, murtabak, nasi goreng kampung dan pelbagai lagi hidangan.

Kedah House buat buffet every Sabtu and Ahad jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Hari ni kitorang menikmati hidangan buffet seperti Nasi Beriyani, Ayam Kari, Ikan Beriyani, Sambal Goreng, Gado-gado, Mee Goreng Mamak, Brokoli Goreng, Sayur Lemak Kobis dan lain-lain lagi. Kami juga menikmati air cincau n teh tarik dan pencuci mulut penkek dan puding mangga.





Komen keseluruhan, Kedah House dah memang terkenal di sekitar Vancouver. Turut mengambil tempahan catering untuk meeting2 dan occasion lain. Satay, nasi beriani dia memang sedap. Hilang rindu masakan Malaysia! Kami kasi 4 bintang!!!