Lepak-lepak lepas kekenyangan sebelum bergerak ke rumah Ros yang baru melahirkan anak. Kami singgah di Toys'r'us beli gift sikit. Then bergerak ke rumah Ros untuk tengok baby.
Lepak lama gak.... then terus ke Richmond berjalan-jalan cari pasal. Lapar perut... terus pergi ke Kedah House.
Kedah House terletak di Marine Drive, Vancouver BC. Pengasasnya, Kak Siah berasal dari Kedah. Dah berpengalaman dan tinggal lama di Vancouver. Antara hidangan yang enak di Kedah House ialah satay, murtabak, nasi goreng kampung dan pelbagai lagi hidangan.
Kedah House buat buffet every Sabtu and Ahad jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam. Hari ni kitorang menikmati hidangan buffet seperti Nasi Beriyani, Ayam Kari, Ikan Beriyani, Sambal Goreng, Gado-gado, Mee Goreng Mamak, Brokoli Goreng, Sayur Lemak Kobis dan lain-lain lagi. Kami juga menikmati air cincau n teh tarik dan pencuci mulut penkek dan puding mangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan